baby2007-4

PEBERHENTIAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA – DURIAN RUNTUH UNTUK PENGUSAHA TASKA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mungkin anda terlepas untuk membaca akhbar hari ini, so, saya ingin berkongsi berita terkini yang dipetik dari akhbar “The Star” bertarikh 26.6.2009. Bagi saya berita ini cukupppp…… mengembirakan bagi pengusaha TASKA, oop sorry cukup menyedihkan bagi ibubapa yang bekerja. Kenapa? Sila baca petikan akhbar di bawah:-

Jumaat Jun 26, 2009

Indonesia henti sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai semalam

JAKARTA: Indonesia mulai semalam memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia sehingga perbincangan mengenai kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu diselesaikan.

Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Erman Suparno berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan tertutup dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Da’i Bachtiar, Timbalan Menteri Luar Indonesia Triyono Wibowo dan Atase Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia Teguh H. Cahyono di sini semalam.

Perbincangan tersebut diadakan dalam rangka menilai semula penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia di Malaysia.

“Sebenarnya secara lisan saya sudah mengatakan pemberhentian sementara ini dalam pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Malaysia semasa Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva, 12 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.

KLIK DISINI untuk berita penuh »

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN TASKA
(BARU / PENDAFTARAN SEMULA)

  1. Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan TASKA berharga RM 10/= di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
  2. Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran memandangkan mereka lebih mahir mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat.
  3. Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan atau Pertubuhan.
  4. Pemohon mengemukakan permohonan untuk sokongan kepada 3 agensi teknikal Majlis Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
  5. Bagi mendapatkan sokongannya, pemohon perlu memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap.
  6. Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang Permohonan (Borang II).

Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu :

a) Borang Permohonan (Borang II) yang telah dilengkapi ;

b) Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan) ;

KLIK DISINI untuk berita penuh »

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)

Matlamat Kursus

Untuk membina sikap positif serta memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari aspek fizikal, sosio-emosi, kognitif dan bahasa bagi pengasuh supaya dapat meningkatkan kualiti asuhan kanak-kanak di TASKA masing-masing.

Objektif Kursus

a) Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengasuhan kanak-kanak;

b) Untuk membolehkan peserta memberi perkhidmatan yang sempurna dan menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing;

c) Para peserta berupaya mengadakan bahan pembelajaran yang sesuai dan murah bagi keperluan kanak-kanak; dan

d) Untuk membolehkan pengasuh menjadi pengasuh berdaftar mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Di Institusi) 1985.

KLIK DISINI untuk berita penuh »

baby6.jpg

Bagi pengoperasian sesebuat taska, sudah tentu anda tidak dapat lari dari perbelanjaan bulanan. Contoh perbelanjaan bulanan yang biasa dihadapi oleh pengusaha taska adalah seperti berikut:-

a. gaji pekerja, caruman majikan untuk KWSP dan PERKESO

b. makan-minum kanak-kanak

c. sewa premis

d. bil utiliti (air, elektrik dan telefon)

e. alat tulis / peralatan untuk aktiviti kanak-kanak

f. peralatan cucian dan kebersihan (tandas, lantai, pinggan mangkuk)

g. lain-lain perbelanjaan runcit.

h. perbelanjaan peralatan

i. rak dan kotak untuk menyimpan alat mainan kanak-kanak

j. alat mainan kanak-kanak

KLIK DISINI untuk berita penuh »

Ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan taska dan seterusnya menjadi pengusaha taska. Tetapi tahukah anda tidak semua Pengusaha Taska itu berjaya! Mengapa? Antara sebab utama ialah Pengusaha Taska tersebut tidak memiliki sikap atau ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi Pengusaha Taska yang berjaya.

Oleh yang demikian sebelum anda menceburi perniagaan taska, adalah lebih baik anda menilai diri anda terlebih dahulu adakah anda seorang yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut atau bersedia untuk menjadikan diri anda seperti berikut:-

1. dapat menilai kanak-kanak sebagai individu yang unik.

2. memberi perhatian terhadap senyuman dan tangisan kanak-kanak.

KLIK DISINI untuk berita penuh »

November 2nd, 2007Statistik Pendaftaran Taska

Bagi tahun 2006, terdapat 2,078 taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Berikut adalah statistik  taska berdaftar mengikut negeri:-

Negeri Sembilan – 95

Sabah – 172

Pahang – 221

Perak – 175

Kuala Lumpur – 210

Labuan – 7

Johor – 118

Terengganu – 104

Kelantan – 63

PulauPinang – 90

Selangor – 395

Kedah – 127

Sarawak – 166

Melaka – 119

Perlis – 16

——————-

Jumlah Keseluruhan: 2,078

November 2nd, 2007Seminar Celik Undang-undang

ab0112140618.jpg

 Pada 25/10/2007, saya telah berpeluang mengikuti seminar celik undang-undang yang diadakan di NPC Johor Bahru. Seminar tersebut khas untuk semua pengusaha-pengusaha taska. Lebih kurang 400 orang telah menghadiri seminar tersebut. Ianya  bukan sahaja diadakan percuma malah disediakan 3 kali makan lagi!. Sesiapa yang sengaja tak pergi, memanglah rugi …. bukan sebab kerana tak dapat makan tetapi kerana banyak input dan informasi terkini yang diperolehi dalam seminar tersebut. Penceramah jemputan adalah terdiri dari 4 buah agensi penting iaitu:-

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat

2. Jabatan Kesihatan Negeri

3. Jabatan Bomba dan Penyelamat

4. Pihak Berkuasa Tempatan

Bagi mereka yang memang berminat nak hadir seminar tetapi tidak berpeluang, saya tuliskan secara ringkas intipati seminar tersebut:-

>> pengoperasian Taska mestilah mendapat  lesen daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

>> Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengeluarkan lesen / permit tertakluk kepada kelulusan dari 3 agensi iaitu:-

i. Jabatan Bomba dan peyelamat

ii. Jabatan Kesihatan Negeri

iii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

>> Manakala 3 agensi akan mengeluarkan surat sokongan kepada JKM apabila kehendak dan spesifikasi dipatuhi .

>> Mengoperasikan taska tanpa sijil atau permit daripada JKM adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda  maksimun RM10,000 atau penjara selama satu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

.. bersambung lagi….. 

September 20th, 2007Peluang Perniagaan Tadika

erbt-160×160.gif

Sebuah ebook yang menerangkan secara terperinci tentang penubuhan , pengurusan dan perniagaan tadika telah dilancarkan pada 15/9/2007. Penjualan ebook tersebut adalah terhad, mereka yangberminat boleh membuat tempahan sekarang.

KLIK DI SINI, untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Terdapat 4 aspek penting dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak:-

1. Perkembangan Fizikal

- kebolehan mengawal moto kasar (badan, tangan, kaki, kepala), moto halus ( jejari, mata) dan koordinasi anggota badan (koordinasi mata-tangan)

2. Perkembanagn Kognitif

- Keupayaan kanak-kanak mengumpul ilmu pengetahuan serta maklumat dan menggunakananya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

3. Perkembanagan Bahasa

- Keupayaan berhubung atau berkomunikasi kehendaknya samada melalui bahasa isyarat atau bahasa lisan.

4. Perkembanahgan Sosio-Emosi

- Melibatkan 2 aspek iaitu sosial dan emosi. Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan berbagai perasaan apabila berinteraksi dengan kawan-kawan atau orang dewasa.

ab0110051803.jpg

 Proses perubahan dalam diri kanak-kanak dibahagikan kepada 2 kategori:-

1. Pertumbuhan

- Ia adalah perubahan secara kuantiti dari segi saiz, berat, tinggi dan bilangan gigi.

2. Perkembangan

- Ia adalah perubahan secara kualiti dari segi sosio-emosi, kognitif, bahasa dan fizikal.

Untuk memberi pengasuhan yang berkesan, seorang pengasuh kanak-kanak perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di bawah jagaannya. Ini membolehkan pengasuh kanak-kanak merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak itu dan memantau perkembangan kanak-kanak tersebut.

  • Subscription

    Subscribe to posts feed or to comments feed

    Subscribe menggunakan alamat email anda (Powered by FeedBurner)




Copyright © 2008 Rakan Perniagaan TASKA Anda. Bersama Menuju Ke Puncak Jaya!. All rights reserved.