Seminar Celik Undang-undang

ab0112140618.jpg

 Pada 25/10/2007, saya telah berpeluang mengikuti seminar celik undang-undang yang diadakan di NPC Johor Bahru. Seminar tersebut khas untuk semua pengusaha-pengusaha taska. Lebih kurang 400 orang telah menghadiri seminar tersebut. Ianya  bukan sahaja diadakan percuma malah disediakan 3 kali makan lagi!. Sesiapa yang sengaja tak pergi, memanglah rugi …. bukan sebab kerana tak dapat makan tetapi kerana banyak input dan informasi terkini yang diperolehi dalam seminar tersebut. Penceramah jemputan adalah terdiri dari 4 buah agensi penting iaitu:-

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat

2. Jabatan Kesihatan Negeri

3. Jabatan Bomba dan Penyelamat

4. Pihak Berkuasa Tempatan

Bagi mereka yang memang berminat nak hadir seminar tetapi tidak berpeluang, saya tuliskan secara ringkas intipati seminar tersebut:-

>> pengoperasian Taska mestilah mendapat  lesen daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

>> Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengeluarkan lesen / permit tertakluk kepada kelulusan dari 3 agensi iaitu:-

i. Jabatan Bomba dan peyelamat

ii. Jabatan Kesihatan Negeri

iii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

>> Manakala 3 agensi akan mengeluarkan surat sokongan kepada JKM apabila kehendak dan spesifikasi dipatuhi .

>> Mengoperasikan taska tanpa sijil atau permit daripada JKM adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda  maksimun RM10,000 atau penjara selama satu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

.. bersambung lagi….. 

No related posts.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
One Response
  1. Lelah Binti Julie says:

    saya sekarang ini dalam proses untuk menubuhkan Child Daycare Centre di bahagian Sepanggar Kota Kinabalu, Sabah.

    Mengetahui akan potensi bisnes ini, saya berbesar hati utnuk memulakannya dengan secepat yang mungkin akan tetapi saya tidak tahu caranya dan darimana saya harus memulakannya.

    Adakah saya perlu mengikuti kursus sebelum menubuhkan centre ini ?

    Saya harap agar ada sesiapa dapat memberi tips dan bantu saya untuk meneruskan niat saya ini.

    Thanks.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.