BAGAIMANA MEMBAYAR PERBELANJAAN BULANAN

baby6.jpg

Bagi pengoperasian sesebuat taska, sudah tentu anda tidak dapat lari dari perbelanjaan bulanan. Contoh perbelanjaan bulanan yang biasa dihadapi oleh pengusaha taska adalah seperti berikut:-

a. gaji pekerja, caruman majikan untuk KWSP dan PERKESO

b. makan-minum kanak-kanak

c. sewa premis

d. bil utiliti (air, elektrik dan telefon)

e. alat tulis / peralatan untuk aktiviti kanak-kanak

f. peralatan cucian dan kebersihan (tandas, lantai, pinggan mangkuk)

g. lain-lain perbelanjaan runcit.

h. perbelanjaan peralatan

i. rak dan kotak untuk menyimpan alat mainan kanak-kanak

j. alat mainan kanak-kanak

Bagaimana untuk membayar atau menampung kos perbelanjaan bulanan ini? Perbelanjaan dari a hingga g harus dibayar dari upah bulanan yang dibayar oleh ibubapa kepada taska anda (yuran bulanan yang diperolehi). Manakala perbelanjaan dari h hingga j harus dibayar dari wang simpanan anda atau dari untung terkumpul yang anda perolehi dari perniagaan taska.

Bagi seorang pengusaha taska, anda perlu tahu mengagihkan pendapatan bulanan dengan teratur dan sistematik. Contohnya bayaran caruman majikan untuk KWSP dan PERKESO, anda perlu patuh kepada Akta Buruh di mana anda perlu membuat caruman untuk pekerja-pekerja anda. Setelah membayar semua perbelanjaan a hingga g, maka baki wang yang tinggal adalah keuntungan anda.

Keuntungan tersebut juga perlu diagihkan untuk beberapa perkara contohnya untuk membeli peralatan tambahan, membaiki kerosakan dan sebagainya. Dengan kata lain, pengusaha taska yang berjaya tidak akan menggunakan semua keuntungan bulanan yang diperolehinya tetapi akan menyimpan sebahagiannya dan hanya menggunakan wang simpanan tersebut apabila diperlukan.

No related posts.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
7 Responses
  1. afie says:

    maklumat diatas mudah didapati didalam buku dan mana-mana artikel akan tetapi bagaimana sekiranya kita hendak membayar pijaman daripada bank? adakah duit keuntungan ataupun saya masukkan dalam senarai perbelanjaan?

  2. Yusma says:

    Salam……

    Kepada Sesiapa Yang Berkenaan,

    Saya amat berminat untuk memulakan perniagaan taska setelah memikirkan kerja yang saya buat sekarang tak ke mana di samping takde banyak spend quality time dengan keluarga esp anak2 yang sedang membesar.

    Actually dua bidang yang menarik minat saya iaitu perniagaan taska (Tmn asuhan kanak2/nursery) & perniagaan gubahan pengantin,makeup etc.Naluri saya lebih kepada perniagaan taska. Saya memang minat kanak2 lagipun nak membantu menaikkan imej taska yang sedia ada. Bukan nak merendah2kan taska yang sedia ada tapi sepanjang menggunakan khidmat taska untuk baby saya yang skrg dh setahun dhn abg dia yang sekarang dah 5 thn saya tak jumpa lagi taska yang betul2 berkualiti. Tiga aspek yang kurang diambil berat oleh pengusaha taska aspek kebersihan, kesihatan & psikologi kanak2. Sepatutnya taska sedia ada perlu ada interaction dengan klinik2 kesihatan yang sedia ada untuk memantau tahap kesihatan kanak2 di taska. Ini cuma cadangan saya dan mungkin berguna pada masa hadapan sekiranya saya berjaya membuka taska sendiri.Amin.Harap2 berjaya.

    Saya telah baca blog my tadika yang mana modal permulaan serendah rm 15,000.00 tp tak termasuk gaji teacher. Bagaimana pulak dengan perniagaan taska?adakah boleh serendah rm15,000.00.

    Info yang saya dapat daripada member paling kurang rm 100,000.00 dan ke atas. Tak tau la mayb sis in law dia buka taska more to english silibus so might be higher.

    Saya meminta jasa baik pihak tuan sekiranya dapat memberi info yang berguna dan berkesan sebelum saya memulakan perniagaan taska ini.

    Saya difahamkan MARA ada menganjurkan kursus percuma bagi sebarang bentuk perniagaan kepada org ramai tp takde info mengenainya dalam laman web. Saya amat berharap agar dapat penjelasan atau info daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih.

  3. seri says:

    salam yusma. Iye, mengenai study yang telah awak buat, iye, memeang betul budget untuk memulakan taska adalah besar dan banyak. Sekiranya yusma perlukan info, terus terang saya katakan boleh dapat banyak daripada kursus KAKK. Jujur saya katakan, jarang orang ingin berkongsi maklumat mengenai nursery ini. walaubagaimanapun apa yang dipelajari semasa kursus KAKK adalah teori sahaja dan bila mengendalikan taska, situasinya adalah berbeza. Tapi jika yusma seorang yang sukakan kanak-kanak, yusma tak akan susah mengendalikan taska. Sepertimana saya membuka taska adalah dengan cara takeover dari taska yang sedia ada dan membuat renovation, lebih menyenangkan untuk memulakan perniagaan yang memerlukan pengalaman ini.
    Saya juga pengendali taska di kuala lumpur. Jika yusma berminat, saya bercadang menjual taska saya kerana semakin sibuk dengan kerja saya yang lain sehinggakan kurang memberi tumpuan pada taska. Lebih-lebih lagi saya akan berpindah dari kuala lumpur ini tidak lama lagi. maka walauoun sayang, tapi saya perlu melepaskan taska saya ini. jika berminat boleh hantar e mel pada saya sitiyumni@ymail.com

  4. sitihajar12 says:

    salam puan seri,
    betulke nk jual taska puan…saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut…saya sedang berusaha belajar untuk membuka sebuah taska…sila email saya di sitihajar12@yahoo.com…saya ada menghantar emailkepada puan seri di email diatas…harap puan seri ada menerimanya dan membalas email saya…sekian terima kasih…

  5. awis says:

    kepada sesiapa yang berminat… saya ingin memberitahu, pemilik sebuah taska di kuala lumpur ingin menjual perniagaan taska beliau.ini kerana beliau ingin berpindah ke kampung… taska ini telah beroperasi lebih lima tahun dan mempunyai lebih dari 40 orang pelajar… lengkap dengan taman permainan lengkap , berhadapan kawasan lapang,juga mempunyai komputer, mesin fotostate dan perabut lain. kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi awis…0193727264 harga 60k

  6. awis says:

    salam semua..
    kepada sesiapa yang berminat… saya ingin memberitahu, pemilik sebuah taska di kuala lumpur ingin menjual perniagaan taska beliau.ini kerana beliau ingin berpindah ke kampung… taska ini telah beroperasi lebih lima tahun dan mempunyai lebih dari 40 orang pelajar… lengkap dengan taman permainan lengkap , berhadapan kawasan lapang,juga mempunyai komputer, mesin fotostate dan perabut lain. kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi awis…0193727264 harga 60k

  7. awis says:

    salam semua..
    kepada sesiapa yang berminat… saya ingin memberitahu, pemilik sebuah taska di kuala lumpur ingin menjual perniagaan taska beliau.ini kerana beliau ingin berpindah ke kampung… taska ini telah beroperasi lebih lima tahun dan mempunyai lebih dari 40 orang pelajar… lengkap dengan taman permainan lengkap , berhadapan kawasan lapang,juga mempunyai komputer, mesin fotostate dan perabut lain. kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi awis…0193727264 harga 60k…

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.