CIRI -CIRI SEORANG PENGUSAHA TASKA YANG BERJAYA

Ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan taska dan seterusnya menjadi pengusaha taska. Tetapi tahukah anda tidak semua Pengusaha Taska itu berjaya! Mengapa? Antara sebab utama ialah Pengusaha Taska tersebut tidak memiliki sikap atau ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi Pengusaha Taska yang berjaya.

Oleh yang demikian sebelum anda menceburi perniagaan taska, adalah lebih baik anda menilai diri anda terlebih dahulu adakah anda seorang yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut atau bersedia untuk menjadikan diri anda seperti berikut:-

1. dapat menilai kanak-kanak sebagai individu yang unik.

2. memberi perhatian terhadap senyuman dan tangisan kanak-kanak.

3. Bersikap adil dalam apa jua tindakan di Taska.

4. Keyakinan diri dalam menjalankan segala tugasnya.

5. Kreatif dan proaktif dalam menyediakan aktiviti.

6. kemahiran berkomunikasi dengan kanak-kanak, kakitangan yang lain dan dengan keluarga kanak-kanak.

7. kemahiran menguruskan masa dengan cekap dan tepat.

8. kemahiran mengawal diri dan situasi.

9. menjadi model yang baik kepada semua orang.

10. Sentiasa ingin menambah ilmu dalam bidang pengasuhan kanak-kanak.

Perniagaan Taska amat berbeza dengan perniagaan lain kerana kita banyak berurusan dengan kanak-kanak. 50 orang kanak-kanak bermakna terdapat 50 jenis perangai dan karenah kanak-kanak yang kadang-kala boleh memeningkan kepala anda. Oleh yang demikian anda perlu bijak menangani setiap karenah kanak-kanak. Anda tidak boleh menggunakan kekerasan tetapi sekadar bertegas dengan mereka. Kebanyakan perniagaan Taska dijalankan oleh kaum wanita ini mungkin kerana ia lebih sesuai dengan sikap dan nalurinya yang penyayang, lembut dan keibuan.

“SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA KAUM IBU!”, Sekiranya anda bercadang untuk menjalankan perniagaan taska, ianya belum terlambat lagi, mulakan langkah anda sekarang, lengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.

Related posts:

  1. KRITERIA TASKA YANG BERKUALITI Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung setia blog ini,...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
4 Responses
  1. hasnida says:

    Satu blog yang menarik dan banyak memberi info2 yang terkini dan banyak membantu saya yg kurang berpengalaman di dalam mengendalikan pengurusan taska. Diharap pada masa akan datang banyak lagi dimuatkan info2 yang terkini tentang taska di seluruh Malaysia.

  2. shima ismail says:

    Saya ingin tahu, kadar bayaran gaji pengasuh taska (permulaan) dan kenaikan tahunan yang patut/wajar didilaksanakan.

    Terima kasih.

  3. Liena Rahman says:

    saya ahli baru disini, mmg teruja sangat dgn forum nie… banyak info saya dapat disini berkenaan TASKA. Cita2 nak bukak taska tahun 2009 semakin hari semakin kuat, dengan sokongan padu dari suami & keluarga lagilah membuatkan jiwa raga saya berkobar2. Saya harap banyak lagi pandangan kawan2 disini serta dapat memberi tunjuk ajar ttg selok belok bisnes ini.

    Terima kasih.

  4. admin says:

    shima ismail
    tidak ada kadar tetap utk gaji pengasuh, ianya bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi, pengalaman kerja, sikap dan pengetahuan . secara amnya gaji asas yang saya berikan ialah RM500. Kenaikan gaji pula bergantung kepada prestasi pekerja tersebut, kalau saya berpuas hati dengan komitmen yang diberi saya akan naikan gaji bila-bila masa sahaja manakala kalau prestasi tidak memuaskan, maka tiada kenaikan gaji meskipun beliau telah bekerja melebihi 1 tahun.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.