KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK (KAAK)

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)

Matlamat Kursus

Untuk membina sikap positif serta memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari aspek fizikal, sosio-emosi, kognitif dan bahasa bagi pengasuh supaya dapat meningkatkan kualiti asuhan kanak-kanak di TASKA masing-masing.

Objektif Kursus

a) Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengasuhan kanak-kanak;

b) Untuk membolehkan peserta memberi perkhidmatan yang sempurna dan menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing;

c) Para peserta berupaya mengadakan bahan pembelajaran yang sesuai dan murah bagi keperluan kanak-kanak; dan

d) Untuk membolehkan pengasuh menjadi pengasuh berdaftar mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Di Institusi) 1985.

Ringkasan Kandungan Kursus

a) Perkembangan Menyeluruh Kanak-kanak di Bawah Umur 4 Tahun

b) Aktiviti-aktiviti Untuk Perkembangan Kanak-kanak

c) Kesihatan dan Pemakanan

d) Amalan Asuhan Kanak-kanak

e) Kemudahan dan Persekitaran TASKA

f) Perancangan dan Persekitaran TASKA

g) Pengetahuan dan Kemahiran Tambahan.

Modul Latihan Kursus

a) Selayang Pandang

b) Kurikulum dan Jadual Waktu Kursus

c) Perkembangan Yang Menyeluruh Kanak-kanak di Bawah 4 Tahun.

d) Perkembangan Kognitif

e) Amalan Asuhan Yang Mengalakkan Perkembangan Fizikal.

f) Perkembangan Fizikal.

g) Merancang dan Menyediakan Jadual Aktiviti harian TASKA.

h) Persekitaran Untuk Kegiatan Dalam dan Luar TASKA.

i) Keperluan Peralatan dan Perabot Untuk Bayi dan Kanak-kanak.

j) Memilih dan Menyediakan Barang Permainan Kanak-kanak dari Bahan Kos Rendah.

k) Memilih dan Menyediakan Peralatan Kegiatan Luar Kanak-kanak.

l) Kegiatan Kreatif Untuk Kanak-kanak.

m) Perkembangan Sosio-emosi Kanak-kanak di Bawah Umur 4 Tahun.

n) Perhubungan dan Interaksi Dengan Kanak-kanak.

o) Perkembangan Bahasa.

p) Menjaga Kebersihan Kanak-kanak di TASKA.

q) Memahami Keperluan Makanan Seimbang.

r) Cara Penyediaan dan Amalan Kebersihan.

s) Cerita dan Nyanyian Bagi Kanak-kanak.

t) Mengetahui Jenis Rekod di TASKA dan Cara Menyelenggarakan dan Menyimpannya.

u) Tugas-tugas Pengasuh.

v) Penderaan Kanak-kanak.

w) Hak Asasi Kanak-kanak.

x) Penglibatan Ibubapa di TASKA.

z) Ujian-ujian Amali Yang Berkaitan.

Peserta

Peserta kursus adalah terdiri daripada Pengusaha dan Pengasuh Taman Asuhan Kanak-kanak, Bakal Pengasuh serta Pegawai dan Kakitangan Pertubuhan Kebajikan Sukarela dan Ibubapa Angkat Rumah Kanak-kanak Sistem Berkeluarga.

Jangkamasa Kursus

Jangkamasa kursus adalah 20 hari dengan cuti mingguan iaitu hari Ahad.

Untuk maklumat lanjut kursus, anda boleh hubungi :-

MAKPEM

laman web: http://www.ncwsdm.org.my

ATAU

PERSATUAN PENGASUH BERDAFTAR JOHOR

laman web: http://taska-ppbj.com

ATAU

PERSATUAN PENGASUH BERDAFTAR MALAYSIA

laman web: http://childcareppbm.my.diip.net

Related posts:

  1. KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK DI JOHOR BAHRU Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog ini....
  2. 4 ASPEK PENTING PERKEMBANGAN MENYELURUH KANAK-KANAK Terdapat 4 aspek penting dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak:- 1. Perkembangan...
  3. PROSES PERUBAHAN DALAM DIRI KANAK-KANAK  Proses perubahan dalam diri kanak-kanak dibahagikan kepada 2 kategori:-...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.