Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog ini.
Nampaknya ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari lagi dan Syawal bakal menjelma. Khas untuk rakan-rakan yang beragama Islam, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Saya juga memohon kemaafan ZAHIR DAN BATIN jika ada salah dan silap, maklumlah sebagai hambaNya yang dhaif kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Hari ini saya ingin memberitahu maklumat Kursus Asas Asuhan kanak-kanak (KAAK) yang akan diadakan di Johor Bahru seperti berikut:-
Tarikh: 9 hingga 28 November 2009
Masa: 8 pagi hingga 5 petang
Tempat: Rumah Sri Kenangan Johor Bahru, (Jalan Engku Mohsin)
Bayaran Kursus: RM480
**pengambilan peserta dihadkan kepada 35 orang sahaja.
Mereka yang berminat, diharap dapat menghubungi Pn. Norhayati Daud (012-7021075) dengan segera.
Kepada para pengusaha TASKA, diharap dapat menghantar pekerja-pekerja untuk mengikuti kursus KAAK tersebut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari yang ke 21 ummat Islam berpuasa. hanya tinggal berberapa lagi kita berpeluang mengerjakan ibadah kepadaNya di bulan ramadhan. Semoga kita sama-sama dapat menggunakan masa yang tinggal ini sebaik mungkin untuk menambahkan ibadah kita, keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Insyaallah.
Ini adalah berita gembira untuk semua pembeli Pakej Eksklusif dan Pakej Mentor ebook TASKA. Ebook Manual Panduan Amalan Asuhan Kanak-kaank dan Perniagaan TASKA telah siap dikemaskinikan pada 29/8/2009. Saya telah menghantar link untuk anda download ebook tersebut melalui email. Jika masih ada pelanggan yang belum menerima email dari saya harap dapat maklumkan kepada saya dengan segera.
Semoga ia dapat membantu anda untuk menambahkan ilmu dalam perniagaan ini dan seterusnya menjadi Pengusaha TASKA yang berjaya!
P.S. Kepada yang berminat untuk menceburi perniagaan TASKA, segera layari www.rahsiabisnestaska.com
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung setia blog ini,
pejam celik pejam celik rupanya hampir 1 bulan saya tidak menulis di blog ini. Rasanya semakin cepat saya berlari, semakin pantas masa meninggalkan saya? Hari ini saya ingin berikan tip penting bagaimana menjadikan TASKA kita sebuah TASKA yang berkualiti.
Berikut adalah kriteria-kriteria TASKA yang berkualiti:-
1. had bilangan kanak-kanak yang diambil seharusnya mengambil kira nisbah ruang yang sedia ada. keluasan lantai untuk setiap orang kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi. Ruang di dapur, stor, tandas, pejabat dan tempat laluan tidak boleh diambil kira.
2. nisbah pengasuh dan kanak-kanak menepati syarat berikut:-
a. 1 orang pengasuh untuk 5 orang kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah
b. 1 orang pengasuh untuk 10 orang kanak-kanak yang berumur 3 – 4 tahun ke bawah
more…
TASKA Komuniti merupakan satu alternatif baru khas kepada ibubapa yang berpendapatan rendah untuk memenuhi keperluan penjagaan dan pengasuhan anak-anak bagi ibu-ibu yang bekerja. Taman Asuhan Kanak-kanak Komuniti adalah suatu TASKA yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian TASKA Komuniti memberi kemudahan kepada keluarga berpendapatan rendah di mana subsidi bayaran yuran diberikan oleh kerajaan.
more…
Terdapat 4 kategori TASKA
1. TASKA Institusi – mempunyai lebih dari 10 orang kanak-kanak di bawah umur 4 tahun dalam jagaan.
2. TASKA di rumah – mempunyai kurang dari 10 orang kanak-kanak dalam jagaan.
3. TASKA tempat kerja – iaitu suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk lebih dari 10 orang kanak-kanak.
4. TASKA komuniti – suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk lebih dari 10 orang kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.
P.S. untuk maklumat lengkap tentang perniagaan TASKA, sila layari http://www.rahsiabisnestaska.com

PEBERHENTIAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA – DURIAN RUNTUH UNTUK PENGUSAHA TASKA?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin anda terlepas untuk membaca akhbar hari ini, so, saya ingin berkongsi berita terkini yang dipetik dari akhbar “The Star” bertarikh 26.6.2009. Bagi saya berita ini cukupppp…… mengembirakan bagi pengusaha TASKA, oop sorry cukup menyedihkan bagi ibubapa yang bekerja. Kenapa? Sila baca petikan akhbar di bawah:-
Jumaat Jun 26, 2009
Indonesia henti sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai semalam
JAKARTA: Indonesia mulai semalam memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia sehingga perbincangan mengenai kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu diselesaikan.
Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Erman Suparno berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan tertutup dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Da’i Bachtiar, Timbalan Menteri Luar Indonesia Triyono Wibowo dan Atase Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia Teguh H. Cahyono di sini semalam.
Perbincangan tersebut diadakan dalam rangka menilai semula penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia di Malaysia.
“Sebenarnya secara lisan saya sudah mengatakan pemberhentian sementara ini dalam pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Malaysia semasa Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva, 12 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.
more…

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN TASKA
(BARU / PENDAFTARAN SEMULA)
- Pemohon boleh mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan TASKA berharga RM 10/= di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (Ibu Pejabat). Buku ini secara amnya, menggariskan kehendak-kehendak Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan.
- Setelah membaca buku itu, sekiranya masih terdapat kekeliruan tentang maklumat yang disediakan, pemohon bolehlah berhubung terus dengan mana-mana pegawai TASKA di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran memandangkan mereka lebih mahir mengenai kehendak 3 agensi teknikal setempat.
- Pemohon mendaftarkan operasi TASKAnya samada dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan atau Pertubuhan.
- Pemohon mengemukakan permohonan untuk sokongan kepada 3 agensi teknikal Majlis Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.
- Bagi mendapatkan sokongannya, pemohon perlu memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap.
- Dalam masa yang sama, pemohon menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai aktiviti bersama ibubapa, pelan lantai beserta pengiraannya dan melengkapkan Borang Permohonan (Borang II).
Pemohon mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran dengan memastikan dokumen-dokumen di bawah disertakan iaitu :
a) Borang Permohonan (Borang II) yang telah dilengkapi ;
b) Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan) ;
more…