
PEBERHENTIAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA – DURIAN RUNTUH UNTUK PENGUSAHA TASKA?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin anda terlepas untuk membaca akhbar hari ini, so, saya ingin berkongsi berita terkini yang dipetik dari akhbar “The Star” bertarikh 26.6.2009. Bagi saya berita ini cukupppp…… mengembirakan bagi pengusaha TASKA, oop sorry cukup menyedihkan bagi ibubapa yang bekerja. Kenapa? Sila baca petikan akhbar di bawah:-
Jumaat Jun 26, 2009
Indonesia henti sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai semalam
JAKARTA: Indonesia mulai semalam memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia sehingga perbincangan mengenai kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu diselesaikan.
Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Erman Suparno berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan tertutup dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Da’i Bachtiar, Timbalan Menteri Luar Indonesia Triyono Wibowo dan Atase Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia Teguh H. Cahyono di sini semalam.
Perbincangan tersebut diadakan dalam rangka menilai semula penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia di Malaysia.
“Sebenarnya secara lisan saya sudah mengatakan pemberhentian sementara ini dalam pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Malaysia semasa Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva, 12 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.
