INDON’S MAID SUSPENDED VS PERNIAGAAN TASKA

baby2007-4

PEBERHENTIAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA – DURIAN RUNTUH UNTUK PENGUSAHA TASKA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mungkin anda terlepas untuk membaca akhbar hari ini, so, saya ingin berkongsi berita terkini yang dipetik dari akhbar “The Star” bertarikh 26.6.2009. Bagi saya berita ini cukupppp…… mengembirakan bagi pengusaha TASKA, oop sorry cukup menyedihkan bagi ibubapa yang bekerja. Kenapa? Sila baca petikan akhbar di bawah:-

Jumaat Jun 26, 2009

Indonesia henti sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai semalam

JAKARTA: Indonesia mulai semalam memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia sehingga perbincangan mengenai kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu diselesaikan.

Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Erman Suparno berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan tertutup dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Da’i Bachtiar, Timbalan Menteri Luar Indonesia Triyono Wibowo dan Atase Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia Teguh H. Cahyono di sini semalam.

Perbincangan tersebut diadakan dalam rangka menilai semula penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia di Malaysia.

“Sebenarnya secara lisan saya sudah mengatakan pemberhentian sementara ini dalam pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Malaysia semasa Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva, 12 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.


Katanya surat pekeliling mengenai keputusan itu akan diedarkan kepada semua agensi berkaitan hari ini.

Selain itu, katanya majikan perlu memenuhi hak pembantu rumah Indonesia seperti pasport dipegang oleh pemiliknya, faedah kenaikan gaji, hari kelepasan setiap minggu dan hak untuk bercuti.

Bagi meningkatkan perlindungan ke atas pembantu rumah dari negara itu, katanya, kaedah pengambilan khidmat pembantu rumah mesti dilakukan secara rasmi menerusi agensi tenaga kerja yang sah dengan kontrak pekerjaan yang jelas.

Menurutnya, Indonesia akan berusaha memperketatkan proses pemergian golongan pembantu rumah ke Malaysia bagi mencegah masalah kemasukkan mereka secara tidak sah ke negara itu.

Erman berkata perbincangan mengenai kajian semula MoU mengenai penempatan dan perlindungan pembantu rumah di Malaysia akan diadakan di Putrajaya pada awal bulan depan.

Katanya beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, pegawai Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia.

“Selepas itu, pada pertengahan Julai, akan diadakan pertemuan kumpulan kerja bersama antara Indonesia dan Malaysia bagi membincangkan pelaksanaan peruntukan yang dimasukkan dalam MoU,” katanya.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Dr Subramaniam berkata pihaknya akan menunggu kenyataan rasmi dari Indonesia sebelum membuat ulasan.

“Kita perlu mengetahui butiran mengenai keputusan itu,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas pendirian negara jiran itu. BERNAMA

SOALAN CEPUMAS: Apakah akibat / kesan dari peberhentian penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia?  (anda boleh mengambil masa selama 15 minit untuk menjawab soalan cepumas ini).

Bagi saya, berikut adalah kesan-kesan yang sedang bermain di kepala saya:-

Pertama  – semua rakyat Malaysia, terutama kedua-dua suami dan isterinya bekerja akan menghadapi masalah besar untuk menjaga anak-anak mereka di rumah.

Kedua – ibubapa akan berebut-rebut menghantar anak-anak  mereka ke TASKA

Ketiga – permintaan TASKA akan melonjak naik, dan seterusnya margin keuntungan perniagaan TASKA akan terus naik dan naik.

Keempat – pengusaha TASKA yang sedia ada tidak akan lepaskan peluang untuk membuka cawangan baru bagi menampung permintaan tersebut.

Kelima – bertuahlah mereka yang sudah mempunyai perniagaan TASKA sendiri. Rezeki jatuh bergolek…. siapa sangka dapat durian runtuh? (amat sesuai dengan musim durian sekarang).

So, adakah anda masih ragu-ragu untuk menceburi perniagaan TASKA? Jika anda sudah mempunyai modal yang cukup, nasihat ikhlas saya, teruskan hasrat anda untuk mempunyai perniagaan TASKA sendiri. Jadikan masalah ini sebagai peluang untuk anda menjana keuntungan yang berterusan dengan perniagaan TASKA.

Jika anda belum membaca ebook “Rahsia Bisnes TASKA” sila layari http://www.rahsiabisnestaska.com

Terima kasih,
Rakan Perniagaan TASKA Anda. Bersama Menuju ke Puncak Jaya!

UmmiSofea

Perunding online Perniagaan TASKA dan TADIKA

www.RahsiaBisnesTaska.com

www.RahsiaBisnesTadika.com

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

No related posts.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.