TASKA Komuniti merupakan satu alternatif baru khas kepada ibubapa yang berpendapatan rendah untuk memenuhi keperluan penjagaan dan pengasuhan anak-anak bagi ibu-ibu yang bekerja. Taman Asuhan Kanak-kanak Komuniti adalah suatu TASKA yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Oleh yang demikian TASKA Komuniti memberi kemudahan kepada keluarga berpendapatan rendah di mana subsidi bayaran yuran diberikan oleh kerajaan.
TASKA Komuniti berkonsepkan penyertaan bersama komuniti, ibubapa, kanak-kanak, agensi kerajaan dan badan swasta dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di dalam komuniti itu sendiri.
**untuk keterangan lanjut berkenaan dengan TASKA Komuniti, anda boleh hubungi alamat di bawah:-
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
Tingkat 19-24
Menara Tun Ismail Mohd ali
Jalan Raja Laut
50562 Kuala Lumpur
Tel: 03-26971090
Talian Nur: 15999
website: www.jkm.gov.my
ATAU
mana-mana Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran dengan kediaman anda.
.
Related posts:
- Kategori TASKA di Malaysia Terdapat 4 kategori TASKA 1. TASKA Institusi – mempunyai lebih...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.
