Archive for » September, 2009 «

KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK DI JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog ini.

Nampaknya ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari lagi dan Syawal bakal menjelma.  Khas untuk rakan-rakan yang beragama Islam, saya mengucapkan SELAMAT  HARI RAYA AIDIL FITRI. Saya juga memohon kemaafan ZAHIR DAN BATIN jika ada salah dan silap, maklumlah sebagai hambaNya yang dhaif kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Hari ini saya ingin memberitahu maklumat Kursus Asas Asuhan kanak-kanak (KAAK) yang akan diadakan di Johor Bahru seperti berikut:-

Tarikh: 9 hingga 28 November 2009

Masa: 8 pagi hingga 5 petang

Tempat: Rumah Sri Kenangan Johor Bahru, (Jalan Engku Mohsin)

Bayaran Kursus: RM480

**pengambilan peserta dihadkan kepada 35 orang sahaja.

Mereka yang berminat, diharap dapat menghubungi Pn. Norhayati Daud (012-7021075) dengan segera.

Kepada para pengusaha TASKA, diharap dapat menghantar pekerja-pekerja untuk mengikuti kursus KAAK tersebut.

Sila muaturun Manual Panduan Perniagaan TASKA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini hari yang ke 21 ummat Islam berpuasa. hanya tinggal berberapa lagi kita berpeluang mengerjakan ibadah kepadaNya di bulan ramadhan. Semoga  kita sama-sama dapat menggunakan masa yang tinggal ini sebaik mungkin untuk menambahkan ibadah kita, keimanan dan ketakwaan kepadaNya. Insyaallah.

Ini adalah berita gembira untuk semua pembeli Pakej Eksklusif dan Pakej Mentor ebook TASKA. Ebook Manual Panduan Amalan Asuhan Kanak-kaank dan Perniagaan TASKA telah siap dikemaskinikan pada 29/8/2009. Saya telah menghantar link untuk anda download ebook tersebut melalui email. Jika masih ada pelanggan yang belum menerima email dari saya harap dapat maklumkan kepada saya dengan segera.

Semoga ia dapat membantu anda untuk menambahkan ilmu dalam perniagaan ini dan seterusnya menjadi Pengusaha TASKA yang berjaya!

P.S. Kepada yang berminat untuk menceburi perniagaan TASKA, segera layari www.rahsiabisnestaska.com