KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK DI JOHOR BAHRU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog ini.

Nampaknya ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari lagi dan Syawal bakal menjelma.  Khas untuk rakan-rakan yang beragama Islam, saya mengucapkan SELAMAT  HARI RAYA AIDIL FITRI. Saya juga memohon kemaafan ZAHIR DAN BATIN jika ada salah dan silap, maklumlah sebagai hambaNya yang dhaif kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Hari ini saya ingin memberitahu maklumat Kursus Asas Asuhan kanak-kanak (KAAK) yang akan diadakan di Johor Bahru seperti berikut:-

Tarikh: 9 hingga 28 November 2009

Masa: 8 pagi hingga 5 petang

Tempat: Rumah Sri Kenangan Johor Bahru, (Jalan Engku Mohsin)

Bayaran Kursus: RM480

**pengambilan peserta dihadkan kepada 35 orang sahaja.

Mereka yang berminat, diharap dapat menghubungi Pn. Norhayati Daud (012-7021075) dengan segera.

Kepada para pengusaha TASKA, diharap dapat menghantar pekerja-pekerja untuk mengikuti kursus KAAK tersebut.

Related posts:

  1. KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK (KAAK) Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) Matlamat Kursus Untuk membina...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.