Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog ini.
Nampaknya ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari lagi dan Syawal bakal menjelma. Khas untuk rakan-rakan yang beragama Islam, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Saya juga memohon kemaafan ZAHIR DAN BATIN jika ada salah dan silap, maklumlah sebagai hambaNya yang dhaif kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Hari ini saya ingin memberitahu maklumat Kursus Asas Asuhan kanak-kanak (KAAK) yang akan diadakan di Johor Bahru seperti berikut:-
Tarikh: 9 hingga 28 November 2009
Masa: 8 pagi hingga 5 petang
Tempat: Rumah Sri Kenangan Johor Bahru, (Jalan Engku Mohsin)
Bayaran Kursus: RM480
**pengambilan peserta dihadkan kepada 35 orang sahaja.
Mereka yang berminat, diharap dapat menghubungi Pn. Norhayati Daud (012-7021075) dengan segera.
Kepada para pengusaha TASKA, diharap dapat menghantar pekerja-pekerja untuk mengikuti kursus KAAK tersebut.

PEBERHENTIAN PEMBANTU RUMAH INDONESIA – DURIAN RUNTUH UNTUK PENGUSAHA TASKA?
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mungkin anda terlepas untuk membaca akhbar hari ini, so, saya ingin berkongsi berita terkini yang dipetik dari akhbar “The Star” bertarikh 26.6.2009. Bagi saya berita ini cukupppp…… mengembirakan bagi pengusaha TASKA, oop sorry cukup menyedihkan bagi ibubapa yang bekerja. Kenapa? Sila baca petikan akhbar di bawah:-
Jumaat Jun 26, 2009
Indonesia henti sementara penghantaran pembantu rumah ke Malaysia mulai semalam
JAKARTA: Indonesia mulai semalam memberhentikan sementara penghantaran pembantu rumah untuk bekerja di Malaysia sehingga perbincangan mengenai kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara itu diselesaikan.
Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Erman Suparno berkata keputusan itu diambil selepas perbincangan tertutup dengan Duta Besar Indonesia ke Malaysia Da’i Bachtiar, Timbalan Menteri Luar Indonesia Triyono Wibowo dan Atase Tenaga Kerja Indonesia di Malaysia Teguh H. Cahyono di sini semalam.
Perbincangan tersebut diadakan dalam rangka menilai semula penempatan dan perlindungan pembantu rumah Indonesia di Malaysia.
“Sebenarnya secara lisan saya sudah mengatakan pemberhentian sementara ini dalam pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Malaysia semasa Persidangan Buruh Antarabangsa di Geneva, 12 Jun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.
more…
Ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan taska dan seterusnya menjadi pengusaha taska. Tetapi tahukah anda tidak semua Pengusaha Taska itu berjaya! Mengapa? Antara sebab utama ialah Pengusaha Taska tersebut tidak memiliki sikap atau ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi Pengusaha Taska yang berjaya.
Oleh yang demikian sebelum anda menceburi perniagaan taska, adalah lebih baik anda menilai diri anda terlebih dahulu adakah anda seorang yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut atau bersedia untuk menjadikan diri anda seperti berikut:-
1. dapat menilai kanak-kanak sebagai individu yang unik.
2. memberi perhatian terhadap senyuman dan tangisan kanak-kanak.
more…
Bagi tahun 2006, terdapat 2,078 taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berikut adalah statistik taska berdaftar mengikut negeri:-
Negeri Sembilan – 95
Sabah – 172
Pahang – 221
Perak – 175
Kuala Lumpur – 210
Labuan – 7
Johor – 118
Terengganu – 104
Kelantan – 63
PulauPinang – 90
Selangor – 395
Kedah – 127
Sarawak – 166
Melaka – 119
Perlis – 16
——————-
Jumlah Keseluruhan: 2,078

Pada 25/10/2007, saya telah berpeluang mengikuti seminar celik undang-undang yang diadakan di NPC Johor Bahru. Seminar tersebut khas untuk semua pengusaha-pengusaha taska. Lebih kurang 400 orang telah menghadiri seminar tersebut. Ianya bukan sahaja diadakan percuma malah disediakan 3 kali makan lagi!. Sesiapa yang sengaja tak pergi, memanglah rugi …. bukan sebab kerana tak dapat makan tetapi kerana banyak input dan informasi terkini yang diperolehi dalam seminar tersebut. Penceramah jemputan adalah terdiri dari 4 buah agensi penting iaitu:-
1. Jabatan Kebajikan Masyarakat
2. Jabatan Kesihatan Negeri
3. Jabatan Bomba dan Penyelamat
4. Pihak Berkuasa Tempatan
Bagi mereka yang memang berminat nak hadir seminar tetapi tidak berpeluang, saya tuliskan secara ringkas intipati seminar tersebut:-
>> pengoperasian Taska mestilah mendapat lesen daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
>> Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengeluarkan lesen / permit tertakluk kepada kelulusan dari 3 agensi iaitu:-
i. Jabatan Bomba dan peyelamat
ii. Jabatan Kesihatan Negeri
iii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
>> Manakala 3 agensi akan mengeluarkan surat sokongan kepada JKM apabila kehendak dan spesifikasi dipatuhi .
>> Mengoperasikan taska tanpa sijil atau permit daripada JKM adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda maksimun RM10,000 atau penjara selama satu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.
.. bersambung lagi…..

Sebuah ebook yang menerangkan secara terperinci tentang penubuhan , pengurusan dan perniagaan tadika telah dilancarkan pada 15/9/2007. Penjualan ebook tersebut adalah terhad, mereka yangberminat boleh membuat tempahan sekarang.
KLIK DI SINI, untuk mengetahui dengan lebih lanjut.