Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung setia blog ini.
Nampaknya ramadhan akan meninggalkan kita beberapa hari lagi dan Syawal bakal menjelma. Khas untuk rakan-rakan yang beragama Islam, saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. Saya juga memohon kemaafan ZAHIR DAN BATIN jika ada salah dan silap, maklumlah sebagai hambaNya yang dhaif kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Hari ini saya ingin memberitahu maklumat Kursus Asas Asuhan kanak-kanak (KAAK) yang akan diadakan di Johor Bahru seperti berikut:-
Tarikh: 9 hingga 28 November 2009
Masa: 8 pagi hingga 5 petang
Tempat: Rumah Sri Kenangan Johor Bahru, (Jalan Engku Mohsin)
Bayaran Kursus: RM480
**pengambilan peserta dihadkan kepada 35 orang sahaja.
Mereka yang berminat, diharap dapat menghubungi Pn. Norhayati Daud (012-7021075) dengan segera.
Kepada para pengusaha TASKA, diharap dapat menghantar pekerja-pekerja untuk mengikuti kursus KAAK tersebut.
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung setia blog ini,
pejam celik pejam celik rupanya hampir 1 bulan saya tidak menulis di blog ini. Rasanya semakin cepat saya berlari, semakin pantas masa meninggalkan saya? Hari ini saya ingin berikan tip penting bagaimana menjadikan TASKA kita sebuah TASKA yang berkualiti.
Berikut adalah kriteria-kriteria TASKA yang berkualiti:-
1. had bilangan kanak-kanak yang diambil seharusnya mengambil kira nisbah ruang yang sedia ada. keluasan lantai untuk setiap orang kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi. Ruang di dapur, stor, tandas, pejabat dan tempat laluan tidak boleh diambil kira.
2. nisbah pengasuh dan kanak-kanak menepati syarat berikut:-
a. 1 orang pengasuh untuk 5 orang kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah
b. 1 orang pengasuh untuk 10 orang kanak-kanak yang berumur 3 – 4 tahun ke bawah
more…

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)
Matlamat Kursus
Untuk membina sikap positif serta memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari aspek fizikal, sosio-emosi, kognitif dan bahasa bagi pengasuh supaya dapat meningkatkan kualiti asuhan kanak-kanak di TASKA masing-masing.
Objektif Kursus
a) Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengasuhan kanak-kanak;
b) Untuk membolehkan peserta memberi perkhidmatan yang sempurna dan menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing;
c) Para peserta berupaya mengadakan bahan pembelajaran yang sesuai dan murah bagi keperluan kanak-kanak; dan
d) Untuk membolehkan pengasuh menjadi pengasuh berdaftar mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Di Institusi) 1985.
more…