
Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)
Matlamat Kursus
Untuk membina sikap positif serta memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari aspek fizikal, sosio-emosi, kognitif dan bahasa bagi pengasuh supaya dapat meningkatkan kualiti asuhan kanak-kanak di TASKA masing-masing.
Objektif Kursus
a) Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam pengasuhan kanak-kanak;
b) Untuk membolehkan peserta memberi perkhidmatan yang sempurna dan menyokong perkembangan menyeluruh kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing;
c) Para peserta berupaya mengadakan bahan pembelajaran yang sesuai dan murah bagi keperluan kanak-kanak; dan
d) Untuk membolehkan pengasuh menjadi pengasuh berdaftar mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 dan Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak (Di Institusi) 1985.



