Statistik Pendaftaran Taska

Bagi tahun 2006, terdapat 2,078 taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Berikut adalah statistik  taska berdaftar mengikut negeri:-

Negeri Sembilan – 95

Sabah – 172

Pahang – 221

Perak – 175

Kuala Lumpur – 210

Labuan – 7

Johor – 118

Terengganu – 104

Kelantan – 63

PulauPinang – 90

Selangor – 395

Kedah – 127

Sarawak – 166

Melaka – 119

Perlis – 16

——————-

Jumlah Keseluruhan: 2,078

Seminar Celik Undang-undang

ab0112140618.jpg

 Pada 25/10/2007, saya telah berpeluang mengikuti seminar celik undang-undang yang diadakan di NPC Johor Bahru. Seminar tersebut khas untuk semua pengusaha-pengusaha taska. Lebih kurang 400 orang telah menghadiri seminar tersebut. Ianya  bukan sahaja diadakan percuma malah disediakan 3 kali makan lagi!. Sesiapa yang sengaja tak pergi, memanglah rugi …. bukan sebab kerana tak dapat makan tetapi kerana banyak input dan informasi terkini yang diperolehi dalam seminar tersebut. Penceramah jemputan adalah terdiri dari 4 buah agensi penting iaitu:-

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat

2. Jabatan Kesihatan Negeri

3. Jabatan Bomba dan Penyelamat

4. Pihak Berkuasa Tempatan

Bagi mereka yang memang berminat nak hadir seminar tetapi tidak berpeluang, saya tuliskan secara ringkas intipati seminar tersebut:-

>> pengoperasian Taska mestilah mendapat  lesen daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

>> Jabatan Kebajikan Masyarakat akan mengeluarkan lesen / permit tertakluk kepada kelulusan dari 3 agensi iaitu:-

i. Jabatan Bomba dan peyelamat

ii. Jabatan Kesihatan Negeri

iii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

>> Manakala 3 agensi akan mengeluarkan surat sokongan kepada JKM apabila kehendak dan spesifikasi dipatuhi .

>> Mengoperasikan taska tanpa sijil atau permit daripada JKM adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda  maksimun RM10,000 atau penjara selama satu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

.. bersambung lagi….. 

Peluang Perniagaan Tadika

erbt-160×160.gif

Sebuah ebook yang menerangkan secara terperinci tentang penubuhan , pengurusan dan perniagaan tadika telah dilancarkan pada 15/9/2007. Penjualan ebook tersebut adalah terhad, mereka yangberminat boleh membuat tempahan sekarang.

KLIK DI SINI, untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

4 ASPEK PENTING PERKEMBANGAN MENYELURUH KANAK-KANAK

Terdapat 4 aspek penting dalam perkembangan menyeluruh kanak-kanak:-

1. Perkembangan Fizikal

- kebolehan mengawal moto kasar (badan, tangan, kaki, kepala), moto halus ( jejari, mata) dan koordinasi anggota badan (koordinasi mata-tangan)

2. Perkembanagn Kognitif

- Keupayaan kanak-kanak mengumpul ilmu pengetahuan serta maklumat dan menggunakananya untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

3. Perkembanagan Bahasa

- Keupayaan berhubung atau berkomunikasi kehendaknya samada melalui bahasa isyarat atau bahasa lisan.

4. Perkembanahgan Sosio-Emosi

- Melibatkan 2 aspek iaitu sosial dan emosi. Keupayaan kanak-kanak bergaul, berinteraksi dan meluahkan berbagai perasaan apabila berinteraksi dengan kawan-kawan atau orang dewasa.

PROSES PERUBAHAN DALAM DIRI KANAK-KANAK

ab0110051803.jpg

 Proses perubahan dalam diri kanak-kanak dibahagikan kepada 2 kategori:-

1. Pertumbuhan

- Ia adalah perubahan secara kuantiti dari segi saiz, berat, tinggi dan bilangan gigi.

2. Perkembangan

- Ia adalah perubahan secara kualiti dari segi sosio-emosi, kognitif, bahasa dan fizikal.

Untuk memberi pengasuhan yang berkesan, seorang pengasuh kanak-kanak perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di bawah jagaannya. Ini membolehkan pengasuh kanak-kanak merancang aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak itu dan memantau perkembangan kanak-kanak tersebut.

KEPENTINGAN MENGETAHUI TAHAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Adalah amat penting bagi setiap Pengasuh Kanak-kanak mengetahui tahap-tahap perkembanagn kanak-kanak di bawah jagaannya kerana:-

1. Pengasuh dapat mengenal pasti kedudukan dan kebolehan kanak-kanak. Ini dapat mengelakkan Pengasuh mengharapkan lebih daripada apa yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak.

2. Mengenal bahawa setiap kanak-kanak adalah individu. Pengasuh hendaklah menyesuaikan aktiviti dan ransangan mengikut ciri dan kebolehan kanak-kanak itu.

3. Pengasuh boleh merancang aktiviti yang memahirkan kebolehan kanak-kanak, juga aktiviti yang membawa ke peringkat atau tahap seterusnya.

erbt-468×60.gif